RSS

Selamat Datang Kepada Pelajar-Pelajar Baru

Assalamualaikum & Salam 1 SME BANK

Pertama sekali, saya mewakili seluruh warga DPP SME BANK termasuk Pengetua DPP SME BANK iaitu En Muslimin Wallang ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru bagi kemasukan semester pertama sesi 2010/2011.

Pelajar-pelajar yang menginap di DPP SME BANK kali ini terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan dimana DPP SME BANK ingin membuat pembaharuan bagi memastikan DPP SME BANK sentiasa berada di landasan terbaik untuk menjadi dewan penginapan pelajar yang terkemuka dan terkenal di antara dewan penginapan pelajar yang lain di dalam UUM.

Pada kali ini juga, pelajar DPP SME BANK bukan sahaja terdiri daripada pelajar-pelajar UUM COLGIS, malah turut didiami oleh pelajar-pelajar dari UUM COB & UUM CAS. Diharapkan pelajar-pelajar dapat memupuk sikap tolong-menolong dan bersatu padu bagi memastikan imej DPP SME BANK tetap disanjung di UUM..

Semoga para pelajar dapat belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan yang diinginkan. SELAMAT BELAJAR & SEMOGA BERJAYA...

Sekian...

i-ZAL (Felo nakal blok E)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Utara Malaysia (UUM)

Perarakan Maulidur Rasul peringkat Universiti Utara Malaysia telah berlangsung pada hari Selasa, 2 Mac 2010 bersamaan 16 Rabiulawal 1431 Hijrah. Perarakan bermula dari Pusat Sukan UUM sehingga Ke Dewan Muadzam Shah. Perarakan bertujuan untuk menyemai sikap & sifat cintakan nabi besar junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Tema Maulidur Rasul pada tahun ini ialah Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah. Sejajar dengan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini,Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi menegaskan bahawa pihak UUM perlu lebih peka terhadap persekitaran di samping menganjurkan program khidmat masyarakat yang bukan sekadar suka-suka sebaliknya memerlukan pelaksanaan bersepadu, terancang dan berterusan dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat sekitar.

Pada majlis sama, Tan Sri Nordin menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Khas Juri yang dimenangi oleh Dewan Penginapan Pelajar (DPP) SME Bank, Slogan Terbaik Peringkat Jabatan dan DPP masing-masing dimenangi oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan DPP Perwaja, Anugerah Kontingen Terbaik Peringkat Jabatan dan DPP dimenangi oleh Uniutama Property Sdn. Bhd. (UPSB) dan DPP Petronas.

Sekian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Malam Puncak Gemilang 2009




Selain mengutamakan kecemerlangan akademik, penglibatan mahasiswa dalam aktiviti dan persatuan sangat penting dalam membentuk sifat kepimpinan, dedikasi dan semangat kerjasama yang tinggi untuk mencapai matlamat.

Demikian kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid ketika merasmikan Malam Puncak Gemilang 2009 UUM COLGIS yang berlangsung di Dewan Bukit Kachi, kelmarin.

“Bergelar mahasiswa tidak bermakna mereka hanya mengulangkaji pelajaran semata-mata tanpa menghiraukan perkara lain. Mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih besar kerana bakal memimpin negara suatu masa nanti.

Ujarnya, menjadi seorang pelajar dan terlibat dalam aktiviti kokurikulum pada satu-satu masa bukan perkara yang mudah sebaliknya memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi dalam usaha melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah.

“Pelajar perlu bijak menguruskan masa, meningkatkan usaha dan mempunyai keinginan untuk berjaya tanpa mengira masa, tidak pernah berputus asa kerana hanya yang sanggup berjuang akan terus bertahan.

“Saya berharap dengan usaha yang jitu dan berterusan, kita dapat melahirkan pelajar yang berkualiti, berkepimpinan dan memiliki daya keterampilan sebagai modal insan yang cemerlang dan seimbang,” katanya.

Beliau menyeru pelajar agar sentiasa meningkatkan kualiti diri dan mempelajari perkara baru termasuk kemahiran untuk meningkatkan nilai tambah dalam menghadapi dunia yang sentiasa berubah.

Majlis anjuran UUM COLGIS itu diadakan untuk memberi penghargaan kepada persatuan-persatuan dan Dewan Penginapan Pelajar (DPP) atas usaha dan kesungguhan mengharumkan nama kolej dan universiti di samping mewujudkan persaingan yang sihat dalam menjalankan projek-projek yang terbaik.

Pada majlis sama turut menyaksikan penyampaian anugerah bagi kategori Khidmat Masyarakat Terbaik, Keusahawanan Terbaik, Akademik Terbaik, Kerohanian Terbaik, Program Seni dan Budaya Terbaik, Sukan dan Rekreasi Terbaik selain Anugerah Sumbangsih dan Anugerah Penolong Naib Canselor.

Penerima Anugerah Sumbangsih,Muhamad Auliat Ngah @ Ibrahim berkata, anugerah ini memberi rangsangan kepada beliau dan badan pelajar untuk terus mengadakan aktiviti dalam memperkukuh dan memperkayakan ilmu pengetahuan.

Menceritakan pengalaman menjawat jawatan Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Undang-Undang, beliau bertanggungjawab memantau exco sebelum menjalankan sesuatu projek dan memberi penerangan tentang bagaimana prosedur sesuatu projek bagi memastikan segala yang dirancang berjalan lancar.

Pelajar Sarjana Muda Undang-Undang ini mengakui sepanjang penglibatan dalam aktiviti luar membolehkannya menimba pengalaman berharga misalnya menjayakan Pertandingan National Client Counselling, Law Sport Day dan Majlis Makan Malam di Park Avenue, Sungai Petani.

“Sedikit sebanyak membentuk ciri kepimpinan, mengasah kemahiran komunikasi dan berpeluang berinteraksi dengan pihak atasan serta memahami perkara baru yang tidak terdapat di bilik kuliah. Pengalaman itu juga memudahkan saya menangani masalah yang timbul dengan bijaksana,” katanya.

Pesannya, pelajar perlu proaktif dan bijak memanfaatkan peluang yang ada dengan memantapkan semangat jati diri untuk menjadi lebih berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa kini.

Majlis yang turut dihadiri oleh Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, Prof. Madya Dr. Asmah Laili Yeon dimeriahkan dengan pengisian menarik termasuk penyampaian puisi, persembahan kebudayaan, tayangan video dan jamuan.


Special Thanks to PRO UUM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sejarah 2009 - Pemahsyuran DPP SME BANK


Jalinan kerjasama antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan SME Bank melalui penajaan bank tersebut kepada Dewan Penginapan Pelajar (DPP) di Kampus UUM dapat memberi manfaat dan membuka peluang kepada program penyelidikan dan perundingan.

Bercakap di Majlis Pemasyhuran DPP SME Bank di Sintok pagi tadi, Pengerusi SME Bank, Dato’ Gumuri Hussain berkata pelbagai program penyelidikan dan perundingan bakal dijalankan yang boleh membawa faedah kepada kedua-dua belah pihak.

“Diharapkan hasil daripada program penyelidikan ini dapat digunakan untuk membantu para usahawan dalam meningkat dan memajukan perniagaan mereka.

“Melalui penyelidikan dan perundingan ini, SME Bank dan UUM dapat membantu melahirkan usahawan yang berdaya saing, berdaya maju dan cekal untuk memasuki pasaran global,” kata Dato’ Gumuri di DPP SME Bank pagi tadi.

Selain itu, melalui kerjasama ini SME juga menyediakan pelbagai program secara bersama bagi mengembangkan minat mahasiswa UUM ke arah keusahawanan dan memberi pendedahan awal untuk menjadi usahawan.

Dato’ Gumuri berkata, antara program yang dikenal pasti adalah perlaksanaan Skim Usahawan Siswazah termasuk Program Inkubator Usahawan Siswazah yang akan bermula pada peringkat pra graduan sehinggalah pelajar menjadi graduan dan berjaya dalam kerjaya keusahawanan.

“Di samping itu SME Bank juga akan menyediakan peluang latihan keusahawanan dan perniagaan kepada pelajar UUM dan juga tempat untuk pelajar menjalani latihan praktikum samada di SME Bank atau program penempatan industri di kalangan pelanggan SME Bank,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab mereka di SME Bank untuk turut sama menyokong dan menjayakan hasrat kerajaan di dalam melahirkan usahawan yang berjaya dan membentuk graduan universiti yang berminat dan berkemampuan untuk meneroka bidang keusahawanan.

Tambah beliau melalui usahasama ini UUM turut bersama dengan SME Bank dalam merealisasikan hasrat kerajaan tersebut.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi dalam ucapan aluannya berkata, dengan penajaan daripada SME Bank mampu memotivasikan mahasiswa UUM ke tahap yang lebih baik.

“Dengan kepakaran yang ada di kalangan akademiknya, UUM dapat membuat kajian tentang SME Bank dalam pelbagai aspek dan boleh menjadikannya sebagai kajian kes dalam proses pengajaran serta pembelajaran dalam bilik kuliah,” kata Dr Nordin.

“Saya percaya pelbagai topik menarik dapat dijadikan sebagai kajian kes berkaitan SME Bank yang dapat dibincang dan diketengahkan oleh mahasiswa UUM dalam mengembang dan meningkatkan pengetahuan mereka,” kata beliau lagi.

DPP SME Bank yang boleh memuatkan hampir 2,000 mahasiswa dalam satu-satu masa adalah DPP ke-15 dan terakhir yang mendapat penajaan syarikat korporat. Sebelum ini DPP tersebut dikenali dengan DPP Bukit Kachi 2.

Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah SME Bank, Dato’ Huang Sin Cheng, Pengarah Urusan, Dato’ Azmi Abdullah, Timbalan Presiden 1/ Ketua Pembangunan PKS dan Khidmat Nasihat SME Bank, Salim Saparman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Dahlan Ismail, serta pegawai-pegawai kanan universiti.

Terima Kasih..

Thank to hnizam.blogspot

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments
Loading...